AKTIVITI SARINGAN KESIHATAN PERCUMA KEPADA KOMUNITI NADI PIASAU UTARA
6 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05/11/2025 bersamaan dengan hari Rabu, petugas mengambil kesempatan untuk membuat saringan kesihatan kepada komuniti yang hadir ke pusat NADI Piasau Utara. Tujuan utama saringan kesihatan ini dibuat agar kesemua komuniti yang hadir dapat menyemak tahap kesihatan masing-masing. Dengan alatan yang telah disediakan oleh NADI, iainya dapat membantu komuniti untuk melihat tahap Kesihatan mereka seperti menyemak tahap tekanan darah tinggi, kadar gula dalam badan serta ukuran BMI mereka. Petugas NADI juga turut memberi penerangan tentang pentingnya pencegahan penyakit dan cara-cara mengurangkan risiko penyakit melalui gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, dan senaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: